Akulah

Akulah
Hensem Tak???

Khamis, 3 November 2011

Karanganku Yang Bertajuk: Aku Sebuah Komputer

 Aku sebuah komputer.Aku berjenama Dell.Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer yang terletak di Kedah.Badanku berwarna biru.Aku diperbuat daripada kaca dan bahan-bahan elektrik.  
    Setelah siap diproses,aku dihantar oleh sebuah van yang dipandu oleh seorang pemandu lelaki ke sebuah kedai komputer yang paling masyur di Rawang.  
    Setiba di kedai komputer tersebut,seorang pekerja yang berpakaian baju uniform mempamerkan aku di atas meja komputer.Aku berasa sangat gembira kerana dapat mengenali bayak kawan seperti HP,Toshiba,Acer,Asaus dan sebagainya.Sewaktu aku berasa bosan,kawan-kawanku akan berbual-bual dengan aku.  
    Pada suatu petang,seorang budak lelaki yang gemuk datang ke kedai komputer ini untuk membeli sebuah komputer yang berjenama Dell bersama ayahnya.Budak lelaki itu memilih komputer kesukaannya di tempat yang aku dan kawan-kawanku dipamerkan.Malangnya aku,budak lelaki itu terlihat aku. Rupa-rupanya,budak lelaki itu terjatuh hati terhadap aku. Oleh,itu,dia menyuruh ayahnya membelikan aku untuknya. Akhirnya,aku dibeli olehnya dengan harga dua ribu ringgit. Aku terpaksa berpisah dengan kawan-kawanku yang begitu sayang akanku.Sedelum pergi,kawan-kawanku mengucapkan selamat pulang kepada aku dan 'melambai-lambaikan tangan'.  
    Setiba di rumah tuanku,aku berasa hairan apabila melihat persekitaran rumah tuanku yang bersih.Oleh itu'aku tidak berasa rimas.Aku diletakkan di atas meja komputer yang baru.Dalam perbualan tuaku bersama keluarganya,aku dapat mengetahui bahawa nama tuanku ialah Luqman.  
    Setiap petang.Luqman akan menggunakan aku untuk mencari maklumat tentang kerja sekolahnya.Selain itu,dia juga akan menggunakan aku untuk bermain 'game' yang menarik.  
    Semasa aku berbadan kotor,Luqman akan membersihkan aku dengan segera.Pada suatu hari,'otak' aku telah rosak.Luqman bukan sahaja tidak membuangkan aku,tetapi juga menyuruh jirannya membaiki aku sehingga kelihatan seperti dahulu secara percuma.  
    Aku berasa sungguh bertuah kerana mempunyai seorang tuan yang menjaga aku dengan baik setiap hari seperti Luqman.  
Aku berjanji akan berbakti kepada Luqman selama-lamanya.  
Aku berharap aku boleh tinggal bersama Luqman sehingga akhir nyawaku.

4 ulasan: